Friday, August 1, 2008

Kenape wanita yg 'educated' masih single?

Kenapa wanita yang 'educated' masih membujang?
Ini merupakan salah satu persoalan yang agak rumit untuk dijawab oleh mana-mana wanita. Tetapi kadang-kala ia dianggap sebagai suatu soalan remeh oleh segelintir pihak. Dari sini akan wujud pelbagai andaian dan pendapat yang agak berbaur berat sebelah atau ape-ape jelah...
Ade yang menyalahkan pihak wanita. Antaranya;-
wanita patut duduk di dapur ;
wanita akan semakin atau terlalu demand jika berjawatan tinggi;
akan memalukan pihak suami jika menpunyai isteri yang lebih berpelajaran tinggi dari dia;
Ade juga yang menyalahkan pihak lelaki. Antaranya:-
lelaki akan hilang atau jatuh taraf jika memperisterikan wanita yang lebih educated dari
mereka;
Dan ade juga yang menyalah kan adat;
kononnya wanita belajar setinggi manapun akan turun ke dapur juga.
Aku berpendapat, wanita zaman kini semakin berpandangan jauh. Mereka tidak lagi mahu berada di takuk lama. Mereka juga ade punyai cita-cita sendiri iaitu ingin sama-sama memajukan diri seiring dengan lelaki.
Akan tetapi dalam tempoh mereka(wanita) mengejar cita-cita, mereka terlalu menumpukan dalam dalam satu-satu bidang. Mereka lupa bagaimana nak bersosial dengan baik. Kebanyakan diantara mereka ini berpendapat soal jodoh boleh difikirkan kemudian. Dan akhirnya mereka juga yang melopong.